Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh & selamat sejahtera…
Fisrt time jadi blogger agak bermacam
rasanya tapi tak mengapalah, mencuba sesuatu yang baru itu kan macam kita
menimba ilmu yang baru jugalah, kan?
Nak di jadikan cerita, al-kisahnyalah…
Dulu punya cerita, niat dah ada tapi
tak terlaksana lagi. Sekarang niat dah ada, blog pun dah terlaksana cuma idea
je tak datang lagi, hai task dah di beri. Itulah yang aku rasa sekarang ni bila
nak buat blog sendiri. Memang pada mulanya nak buat blog tapi tak sangka la
pulak Sir bagi blog sebagai assignment. Lain yang di agak, lain pula yang
dapat. Wow! What should I do? Hmm…well, sambil menyelam, minum air…hihihi...
Teruja datang sekejap tapi
blurrr….balik. Adei…masa nak mengadap exam nilah rasa nak buat semua benda!!!
Setelah difikir- fikirkan, aku akhirnya
bercadang nak buat cerita pasal coklat untuk permulaannya. Maknanya tak lari
jauhlah dengan bidang yang aku pilih ni. cerita yang lain kita kongsikan di
lain masa. So then.. sama- samalah kita belajar .
Seperti semua orang sedia maklum,
coklat ini begitu sinonim dengan diri kita. Malahan ada yang terlampau obses
dengan coklat jadi tak hairanlah kalau coklat merupakan makanan kegemaran
sesetengah orang.
Coklat
yang kita tahu adalah dalam beberapa jenis sahaja yang bolah dimakan terus tapi
hakikatnya, dunia sekarang sudah banyak jenis coklat yang tercipta. Ada yang
memang sudah punya resepi sendiri, ada yang masih tercari-cari macam aku ni.
Ada yang tak kisah coklat apa asalkan coklat! Dah nama pun coklat kan.
Jadi
di sini, suka sangat aku nak kongsikan kebaikan dan keburukan coklat, apa yang
boleh kita buat dengan coklat selain daripada memakannya juga meminumnya.
Malahan apa yang coklat itu mampu buat untuk kita. Boleh ke si coklat tu
tenangkan diri kita kalau kita dalam kesedihan ke, kesusahan ke? Mampukah coklat
itu sendiri hindarkan kita daripada penyakit? Mampukah?
Therefore, the reason I chose this
topic is simple…because I’m also in love with this thing! Coklat beb. Siapa
yang tak suka coklat? Melainkan kalau ada orang yang mengalami alahan berkenaan
dengan coklat. Hah, itu pun boleh juga kita selidik.
Puas sudah rasa aku membebel di sini
tapi satu isi pun tak masuk lagi. Sabar…baru pendahuluan, isi sekejap saja
lagi. Hold on beb…
kat sini adalah serba-sedikit yang
boleh aku kongsikan mengenai coklat tapi sebelum itu, mari kita selidik dulu
apa itu coklat?
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan
kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang. Ia
merupakan sejenis makanan yang berasal
daripada buah koko yang telah di jalankan proses pengeringan. Proses
pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh
menghasilkan coklat.
Coklat mengandungi
tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai
salutan untuk membuat biskut, produk pastry atau produk coklat yang lain
hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
Jenis-jenis
coklat;
Coklat
gelap
- Massa koko
- Lemak koko
- Gula
- Lesitin
- Vanilin
Coklat
susu
- Massa koko
- Lemak koko
- Gula
- Susu tepung
- Lesitin
- Vanilin
Coklat
putih
- Lemak koko
- Gula
- Susu tepung
- Lesitin
- Vanilin
1)
Coklat Kouvertur (Couverture)
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan
utama, iaitu massa koko dan lemak koko, lebih dikenali sebagai kouvertur atau
coklat tulen yang bermutu tinggi. Biasanya coklat jenis ini digunakan golongan
profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.
2)
Coklat Kompaun (Compound)
Bagi menghasilkan coklat yang lebih murah, bahan utama
seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala lemak koko
gantian (lemak yang diperah daripada kelapa sawit) mengambil tempat lemak koko
asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko lemak koko gantian
ini dikenali sebagai coklat kompaun. Coklat kompaun lebih senang dikendalikan
berbanding coklat kouvertur dan mudah ditemui kerana ada banyak dalam pasaran.
Sebahagian coklat kompaun yang tinggi mutunya boleh menandingi rasa dan tekstur
coklat kouvertur.
3)
Coklat Berperisa
Dalam pasaran sekarang tersedia banyak coklat
berperisa dan berwarna. Ini adalah coklat putih yang dicampur perisa dan
diwarnakan, seperti coklat perisa strawberi yang berwarna merah jambu, coklat
perisa oren yang berwarna jingga dan pelbagai perisa lagi.
4)
Coklat Tanpa Gula (Coklat Diabetik)
Bagi menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula pula,
bahan utama iaitu gula biasa (sukrosa) digantikan dengan gula tiruan seperti
Maltitol, Sorbitol dan Isomalt. Bahan-bahan lain kekal sama seperti pembuatan
coklat kouvertur.
Oleh yang demikian coklat tanpa gula masih lagi
mengekalkan rasa manisnya tetapi gula yang digunakan adalah selamat dan sesuai
untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Biasanya coklat jenis ini agak
sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal berbanding coklat biasa.
Antara yang mampu aku senaraikan
mengenai kebaikan dan keburukan coklat adalah seperti berikut:
KEBAIKAN COKLAT
|
KEBURUKAN COKLAT*
|
Membantu
meningkatkan dan menguatkan memori dan hafalan
|
Mengandungi
kalori dan kandungan gula yang tinggi
|
Membantu
menajamkan mata dan minda
|
Mengandungi
lemak tepu (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko) dan kafein (tapi
pada dos yang sangat rendah).
|
Baik untuk ibu
yang hamil dan menyusu badan.
|
Minum segelas
coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda bagi yang
sedang menaikkan berat badan.
|
Menghilangkan
kedutan pada wajah; awet muda.
|
Mereka yang
mempunyai migrain mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat,
terutama secara berlebihan.
|
Membantu
memulihkan keletihan saraf
|
Coklat,
terutamanya ‘dark chocolate’, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana
mengandungi theobromine**
|
Menghilangkan
tanda rekahan semasa mengandung
|
Kolesterol
tinggi
|
Mengurangkan
risiko penyakit kardiovaskular
|
Menyebabkan
darah tinggi kerana coklat mengandungi kafein.
|
Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan
kematian akibat penyakit koronari jantung
|
Osteoporosis;
coklat yang mengandungi kafein akan menggalakkan pembuangan calcium
melalui air kencing jadi sangat berbahaya bagi mereka yang sudah
mempunyai penyakit osteoporosis.
|
Meningkatkan
kebolehan mengatasi tekanan
|
Diabetes; coklat
boleh menaikkan paras gula dalam darah dan boleh mengganggu sistem kandungan
gula dalam darah.
|
Melambatkan
proses penuaan
|
Diarrhea; makan
banyak coklat yang mengandungi kafein boleh menyebabkan sesorang individu
sukar untuk membuang air besar dan berkemungkinan mengalami pendarahan.
|
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
|
Boleh
menyebabkan pendarahan menjadi semakin teruk kerana coklat akan menyebabkan
proses pembekuan darah lambat dan terganggu.
|
* Keburukan pengambilan coklat boleh
berlaku sekiranya ia di ambil secara berlebihan dan tidak terkawal.
** A white, crystalline, water-insoluble,
poisonous powder, C 7 H 8 N 4 O 2 ,
an isomer of theophylline and lower homologue of caffeine, occurring in tea and
obtained from the cacao bean: used chiefly as a diuretic, myocardial stimulant,
and vasodilator.
Untuk sumber rujukan yang lain,
bolehlah ke link yang berikut:
Jadual di bawah ni, menunjukkan
anggaran nutriet coklat yang diambil oleh seorang individu:
Jenis coklat
|
Jumlah per
|
Kalori
(cal)
|
Karbohidrat
(g)
|
Pro.
(g)
|
Lemak
(g)
|
Koles.
(mg)
|
Kafein
(mg)
|
Na
(mg)
|
K
(mg)
|
Vit.
(%)
|
Coklat gelap
|
100 g
|
546
|
61
(sugar 48)
[ fiber 7]
|
4.9
|
31
[L/tepu- 19]
(politepu- 1.1)
(monotepu- 10)
(trans- 0.1)
|
8
|
43
|
24
|
559
|
A-1
B6-0
B12-3
C-0
D-0
Ca-5
Fe-44
Mg-36
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
20 [28]
|
9
|
47 [95]
|
2
|
|
1
|
15
|
|
|
1 oz
|
155
|
17
(sugar 14)
[ fiber 2]
|
1.4
|
9
[L/tepu- 5]
(politepu- 0.3)
(monotepu- 2.7)
(trans- 0)
|
2
|
12
|
7
|
158
|
A-0
B6-0
B12-13
C-0
D-0
Ca-1
Fe-12
Mg-10
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
5 [8]
|
2
|
13 [25]
|
0
|
|
0
|
4
|
|
|
1 bar
162 g
|
884
|
99
(sugar 78)
[fiber 11]
|
8
|
51
[L/tepu- 30]
(politepu- 1.8)
(monotepu- 15)
(trans- 0.2)
|
13
|
70
|
39
|
906
|
A-1
B6-5
B12-6
C-0
D-0
Ca-9
Fe-72
Mg-15
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
33 [44]
|
16
|
78 [150]
|
4
|
|
1
|
25
|
|
*** Peratusan kadar pengambilan nutriet
setiap hari berdasarkan diet 2,000 kalori. Kadar pengambilan nutriet setiap
hari anda berkemungkinan rendah atau tinggi bergantung kepada keperluan kalori.
Jadual 1.1 kadar kandungan dan kadar pengambilan bagi coklat gelap.
Jenis coklat
|
Jumlah per
|
Kal.
(cal)
|
Karbohidrat
(g)
|
Pro.
(g)
|
Lemak
(g)
|
Koles.
(mg)
|
Kafein (mg)
|
Na (mg)
|
K
(mg)
|
Vit.
(%)
|
Coklat susu
|
100 g
|
535
|
59
(sugar 52)
[fiber
3.4]
|
8
|
30
[L/tepu- 19]
(politepu- 1.4)
(monotepu- 7)
|
23
|
20
|
79
|
372
|
A-3
B6-0
B12-13
C-0
D-0
Ca-18
Fe-13
Mg-16
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
19 [13]
|
16
|
46 [95]
|
7
|
|
3
|
10
|
|
|
1 bar miniature
7 g
|
38
|
4.2
(sugar 3.6)
[fiber
0.2]
|
0.5
|
2.1
[L/tepu- 1.3]
(politepu- 0.1)
(monotepu- 0.5)
|
2
|
1
|
6
|
26
|
A-0
B6-0
B12-0
C-0
D-0
Ca-1
Fe-1
Mg-1
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
1 [0]
|
1
|
3 [6]
|
0
|
|
0
|
0
|
|
|
1 bar
1.55 oz
44 g
|
235
|
26
(sugar 23)
[fiber 1.5]
|
3.4
|
13
[L/tepu- 8]
(politepu- 0.6)
(monotepu- 3.2)
|
10
|
9
|
35
|
164
|
A-1
B6-0
B12-5
C-0
D-0
Ca-8
Fe-5
Mg-7
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
8 [6]
|
6
|
20 [40]
|
3
|
|
1
|
4
|
|
|
1 cup chips
168 g
|
899
|
100
(sugar 87)
[fiber 6]
|
13
|
50
[L/tepu- 31]
(politepu- 2.3)
(monotepu- 12)
|
39
|
34
|
133
|
625
|
A-6
B6-5
B12-21
C-0
D-0
Ca-31
Fe-22
Mg-26
|
% setiap hari ambil***
|
|
|
33 [24]
|
26
|
76 [155]
|
13
|
|
5
|
17
|
|
*** Peratusan kadar pengambilan nutriet
setiap hari berdasarkan diet 2,000 kalori. Kadar pengambilan nutriet setiap
hari anda berkemungkinan rendah atau tinggi bergantung kepada keperluan kalori.
Jadual 1.2 kadar kandungan dan kadar pengambilan bagi coklat susu.
Selain coklat, serbuk koko juga baik untuk kesihatan kerana
kandungan gulanya sangat rendah. Jadi kepada sesiapa yang gemar minum koko
panas bolehlah gunakan serbuk koko daripada coklat bar. anda sendiri yang
tentukan kandungan tambahan lain seperti gula dan susu. Maka, jagalah kesihatan
anda baik-baik bukan hanya pengambilan coklat atau koko sahaja tetapi untuk
semua jenis rangkaian makanan seharian. nak sihat, nak cantik kenalah pada
gayanya. Tak gitew?