Isnin, 16 Mac 2015

COKLAT UNTUK CANTIK

Sebelum aku nak bercerita panjang tentang coklat, suka aku nak share dengan anda semua tentang proses penghasilan coklat. silalah ke link di bawah ini;

Selain coklat @ koko di buat sebagai bahan tambahan makanan dan minuman, ia juga boleh 
di gunakan sebagai bahan untuk kecantikan diri seperti lulur, masker, mandian dan sebagainya. 


Khasiat yang terkandung di dalam nutrient coklat atau koko mampu melawan masalah kulit seperti kedutan dan rekahan. 

Ia juga mengandungi antioksidan yang bertindak sebagai unsur yang melawan radikal bebas yang terbentuk. Vitamin A yang terkandung di dalam coklat gelap @ dark chocolate & coklat susu merupakan salah satu antioksidan yang baik untuk kesihatan kita semua. baguskan coklat ni?

Nak di pendekkan cerita tak perlulah nak ke spa untuk buat rawatan kecantikan. Senang cerita buat spa sendiri dirumah. Save budget cikit ^ ^

Sini aku ada beberapa tips nak di kongsikan, guna satu resepi boleh buat semuanya. Baik lulur, mandian dan masker. Semuanya gunakan coklat @ serbuk koko dan bahan tambahan yang lain :) But, first thing first make sure coklat tu ada logo halal!!

sukatan ikut anggaran sendiri sebab ianya boleh di simpan lama, dalam peti sejuk laaa...

[ RESEPI 1 ]
  • coklat bar samada coklat gelap @ coklat susu [ cairkan terlebih dahulu ]
  • madu lebah
  • minyak zaitun
cara guna;
campur dan gaul sebati semua bahan bancuhan. Kalau bancuhan agak pekat tambah sikit minyak zaitun. Maka proses melulur, scrub, masker dan mandian boleh di teruskan. lebihan bancuhan boleh di simpan di dalam peti sejuk tapi simpan dalam bekas yang bertutup.

[ RESEPI 2 ]
  • coklat bar samada coklat gelap @ coklat susu [ cairkan terlebih dahulu ]
  • air perahan lemon @ limau nipis
  • sedikit tepung beras [ kalau bancuhan terlalu cair ]
cara guna;
sama seperti cara di atas, bancuh hingga bancuhan sebati. Kalau terlalu cair tambah sikit tepung beras. Siap! proses untuk kecantikan bermula, yeah! Boleh atasi kulit bermiyak..


[ RESEPI 3 ]
  • serbuk koko
  • madu lebah
  • air perahan limau nipis @ lemon
  • esen vanila
cara guna;
Step yang sama. Ulang saja. Apa yang penting lebihan bancuhan boleh simpan dalam peti sejuk! Boleh di gunakan untuk lain waktu.

[ RESEPI 4 ]
  • coklat bar [ cairkan ]
  • madu lebah
cara guna;
Bancuh dan boleh apply kat bibir untuk bibir yang merekah dan kering. Amalkan setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah cepat baik. ^ - ^


Ada banyak lagi resepi untuk kecantikan kita, tapi anda semua kenalah usaha lebih cikit kalau nak cantik. Bukan untuk kaum Hawa sahaja, kaum Adam pun boleh juga. Selebihnya anda bolehlah klik di mana-mana pautan untuk resepi selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan