Isnin, 16 Mac 2015

COKLAT UNTUK CANTIK

Sebelum aku nak bercerita panjang tentang coklat, suka aku nak share dengan anda semua tentang proses penghasilan coklat. silalah ke link di bawah ini;

Selain coklat @ koko di buat sebagai bahan tambahan makanan dan minuman, ia juga boleh 
di gunakan sebagai bahan untuk kecantikan diri seperti lulur, masker, mandian dan sebagainya. 


Khasiat yang terkandung di dalam nutrient coklat atau koko mampu melawan masalah kulit seperti kedutan dan rekahan. 

Ia juga mengandungi antioksidan yang bertindak sebagai unsur yang melawan radikal bebas yang terbentuk. Vitamin A yang terkandung di dalam coklat gelap @ dark chocolate & coklat susu merupakan salah satu antioksidan yang baik untuk kesihatan kita semua. baguskan coklat ni?

Nak di pendekkan cerita tak perlulah nak ke spa untuk buat rawatan kecantikan. Senang cerita buat spa sendiri dirumah. Save budget cikit ^ ^

Sini aku ada beberapa tips nak di kongsikan, guna satu resepi boleh buat semuanya. Baik lulur, mandian dan masker. Semuanya gunakan coklat @ serbuk koko dan bahan tambahan yang lain :) But, first thing first make sure coklat tu ada logo halal!!

sukatan ikut anggaran sendiri sebab ianya boleh di simpan lama, dalam peti sejuk laaa...

[ RESEPI 1 ]
  • coklat bar samada coklat gelap @ coklat susu [ cairkan terlebih dahulu ]
  • madu lebah
  • minyak zaitun
cara guna;
campur dan gaul sebati semua bahan bancuhan. Kalau bancuhan agak pekat tambah sikit minyak zaitun. Maka proses melulur, scrub, masker dan mandian boleh di teruskan. lebihan bancuhan boleh di simpan di dalam peti sejuk tapi simpan dalam bekas yang bertutup.

[ RESEPI 2 ]
  • coklat bar samada coklat gelap @ coklat susu [ cairkan terlebih dahulu ]
  • air perahan lemon @ limau nipis
  • sedikit tepung beras [ kalau bancuhan terlalu cair ]
cara guna;
sama seperti cara di atas, bancuh hingga bancuhan sebati. Kalau terlalu cair tambah sikit tepung beras. Siap! proses untuk kecantikan bermula, yeah! Boleh atasi kulit bermiyak..


[ RESEPI 3 ]
  • serbuk koko
  • madu lebah
  • air perahan limau nipis @ lemon
  • esen vanila
cara guna;
Step yang sama. Ulang saja. Apa yang penting lebihan bancuhan boleh simpan dalam peti sejuk! Boleh di gunakan untuk lain waktu.

[ RESEPI 4 ]
  • coklat bar [ cairkan ]
  • madu lebah
cara guna;
Bancuh dan boleh apply kat bibir untuk bibir yang merekah dan kering. Amalkan setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah cepat baik. ^ - ^


Ada banyak lagi resepi untuk kecantikan kita, tapi anda semua kenalah usaha lebih cikit kalau nak cantik. Bukan untuk kaum Hawa sahaja, kaum Adam pun boleh juga. Selebihnya anda bolehlah klik di mana-mana pautan untuk resepi selanjutnya.


Jumaat, 13 Mac 2015

COKLAT

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh & selamat sejahtera…

Fisrt time jadi blogger agak bermacam rasanya tapi tak mengapalah, mencuba sesuatu yang baru itu kan macam kita menimba ilmu yang baru jugalah, kan?

Nak di jadikan cerita, al-kisahnyalah…
Dulu punya cerita, niat dah ada tapi tak terlaksana lagi. Sekarang niat dah ada, blog pun dah terlaksana cuma idea je tak datang lagi, hai task dah di beri. Itulah yang aku rasa sekarang ni bila nak buat blog sendiri. Memang pada mulanya nak buat blog tapi tak sangka la pulak Sir bagi blog sebagai assignment. Lain yang di agak, lain pula yang dapat. Wow! What should I do? Hmm…well, sambil menyelam, minum air…hihihi...

Teruja datang sekejap tapi blurrr….balik. Adei…masa nak mengadap exam nilah rasa nak buat semua benda!!!

Setelah difikir- fikirkan, aku akhirnya bercadang nak buat cerita pasal coklat untuk permulaannya. Maknanya tak lari jauhlah dengan bidang yang aku pilih ni. cerita yang lain kita kongsikan di lain masa. So then.. sama- samalah  kita belajar .

Seperti semua orang sedia maklum, coklat ini begitu sinonim dengan diri kita. Malahan ada yang terlampau obses dengan coklat jadi tak hairanlah kalau coklat merupakan makanan kegemaran sesetengah orang.

 Coklat yang kita tahu adalah dalam beberapa jenis sahaja yang bolah dimakan terus tapi hakikatnya, dunia sekarang sudah banyak jenis coklat yang tercipta. Ada yang memang sudah punya resepi sendiri, ada yang masih tercari-cari macam aku ni. Ada yang tak kisah coklat apa asalkan coklat! Dah nama pun coklat kan.

Jadi di sini, suka sangat aku nak kongsikan kebaikan dan keburukan coklat, apa yang boleh kita buat dengan coklat selain daripada memakannya juga meminumnya. Malahan apa yang coklat itu mampu buat untuk kita. Boleh ke si coklat tu tenangkan diri kita kalau kita dalam kesedihan ke, kesusahan ke? Mampukah coklat itu sendiri hindarkan kita daripada penyakit? Mampukah?

Therefore, the reason I chose this topic is simple…because I’m also in love with this thing! Coklat beb. Siapa yang tak suka coklat? Melainkan kalau ada orang yang mengalami alahan berkenaan dengan coklat. Hah, itu pun boleh juga kita selidik.

Puas sudah rasa aku membebel di sini tapi satu isi pun tak masuk lagi. Sabar…baru pendahuluan, isi sekejap saja lagi. Hold on beb…

kat sini adalah serba-sedikit yang boleh aku kongsikan mengenai coklat tapi sebelum itu, mari kita selidik dulu apa itu coklat?

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang. Ia merupakan  sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah di jalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. 

Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, produk pastry atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

Jenis-jenis coklat;



Coklat gelap

  • Massa koko
  • Lemak koko
  • Gula
  • Lesitin
  • Vanilin




Coklat susu

  • Massa koko 
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin
  • Vanilin


Coklat putih

  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin
  • Vanilin


1) Coklat Kouvertur (Couverture)


Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama, iaitu massa koko dan lemak koko, lebih dikenali sebagai kouvertur atau coklat tulen yang bermutu tinggi. Biasanya coklat jenis ini digunakan golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.

2)  Coklat Kompaun (Compound) 

Bagi menghasilkan coklat yang lebih murah, bahan utama seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala lemak koko gantian (lemak yang diperah daripada kelapa sawit) mengambil tempat lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat kompaun. Coklat kompaun lebih senang dikendalikan berbanding coklat kouvertur dan mudah ditemui kerana ada banyak dalam pasaran. Sebahagian coklat kompaun yang tinggi mutunya boleh menandingi rasa dan tekstur coklat kouvertur.

3) Coklat Berperisa


Dalam pasaran sekarang tersedia banyak coklat berperisa dan berwarna. Ini adalah coklat putih yang dicampur perisa dan diwarnakan, seperti coklat perisa strawberi yang berwarna merah jambu, coklat perisa oren yang berwarna jingga dan pelbagai perisa lagi.

4) Coklat Tanpa Gula (Coklat Diabetik)


Bagi menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula pula, bahan utama iaitu gula biasa (sukrosa) digantikan dengan gula tiruan seperti Maltitol, Sorbitol dan Isomalt. Bahan-bahan lain kekal sama seperti pembuatan coklat kouvertur. 

Oleh yang demikian coklat tanpa gula masih lagi mengekalkan rasa manisnya tetapi gula yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Biasanya coklat jenis ini agak sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal berbanding coklat biasa.

Antara yang mampu aku senaraikan  mengenai kebaikan dan keburukan coklat adalah seperti berikut:

KEBAIKAN COKLAT
KEBURUKAN COKLAT*
Membantu meningkatkan dan menguatkan memori dan hafalan
Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi
Membantu menajamkan mata dan minda
Mengandungi lemak tepu (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko) dan kafein (tapi pada dos yang sangat rendah).
Baik untuk ibu yang hamil dan menyusu badan.
Minum segelas coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda bagi yang sedang menaikkan berat badan.
Menghilangkan kedutan pada wajah; awet muda.
Mereka yang mempunyai migrain mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
Membantu memulihkan keletihan saraf
Coklat, terutamanya ‘dark chocolate’, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine**
Menghilangkan tanda rekahan semasa mengandung
Kolesterol tinggi
Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Menyebabkan darah tinggi kerana coklat mengandungi kafein.
Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung


Osteoporosis; coklat yang mengandungi kafein akan menggalakkan pembuangan  calcium melalui air kencing  jadi sangat berbahaya bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit osteoporosis.
Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
Diabetes; coklat boleh menaikkan paras gula dalam darah dan boleh mengganggu sistem kandungan gula dalam darah.
Melambatkan proses penuaan
Diarrhea; makan banyak coklat yang mengandungi kafein boleh menyebabkan sesorang individu sukar untuk membuang air besar dan berkemungkinan mengalami pendarahan.
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Boleh menyebabkan pendarahan menjadi semakin teruk kerana coklat akan menyebabkan proses pembekuan darah lambat  dan terganggu.
* Keburukan pengambilan coklat boleh berlaku sekiranya ia di ambil secara berlebihan dan tidak terkawal.
** A white, crystalline, water-insoluble, poisonous powder, C 7 H 8 N 4 O 2 , an isomer of theophylline and lower homologue of caffeine, occurring in tea and obtained from the cacao bean: used chiefly as a diuretic, myocardial stimulant, and vasodilator.


Untuk sumber rujukan yang lain, bolehlah ke link yang berikut:
  

Jadual di bawah ni, menunjukkan anggaran nutriet coklat yang diambil oleh seorang individu:

Jenis coklat
Jumlah per
Kalori
(cal)
Karbohidrat
(g)
Pro.
 (g)
Lemak
(g)
Koles.
(mg)
Kafein
(mg)
Na
(mg)
K
(mg)
Vit.
(%)
Coklat gelap
100 g
546
61
(sugar 48)
[ fiber 7]
4.9
31
[L/tepu- 19]
(politepu- 1.1)
(monotepu- 10)
(trans- 0.1)
8
43
24
559
A-1
B6-0
B12-3
C-0
D-0
Ca-5
Fe-44
Mg-36
% setiap hari ambil***
20 [28]
9
47 [95]
2
1
15
1 oz
155
17
(sugar 14)
[ fiber 2]
1.4
9
[L/tepu- 5]
(politepu- 0.3)
(monotepu- 2.7)
(trans- 0)
2
12
7
158
A-0
B6-0
B12-13
C-0
D-0
Ca-1
Fe-12
Mg-10
% setiap hari ambil***
5 [8]
2
13 [25]
0
0
4
1 bar
162 g
884
99
(sugar 78)
 [fiber 11]
8
51
[L/tepu- 30]
(politepu- 1.8)
(monotepu- 15)
(trans- 0.2)
13
70
39
906
A-1
B6-5
B12-6
C-0
D-0
Ca-9
Fe-72
Mg-15
% setiap hari ambil***
33 [44]
16
78 [150]
4
1
25
*** Peratusan kadar pengambilan nutriet setiap hari berdasarkan diet 2,000 kalori. Kadar pengambilan nutriet setiap hari anda berkemungkinan rendah atau tinggi bergantung kepada keperluan kalori.
               Jadual 1.1 kadar kandungan dan kadar pengambilan bagi coklat gelap.

Jenis coklat
Jumlah per
Kal.
(cal)
Karbohidrat
(g)
Pro.
 (g)
Lemak
(g)
Koles.
(mg)
Kafein (mg)
Na (mg)
K
(mg)
Vit.
(%)
Coklat susu
100 g
535
59
(sugar 52)
 [fiber 3.4]
8
30
[L/tepu- 19]
(politepu- 1.4)
(monotepu- 7)
23
20
79
372
A-3
B6-0
B12-13
C-0
D-0
Ca-18
Fe-13
Mg-16
% setiap hari ambil***
19 [13]
16
46 [95]
7
3
10
1 bar miniature
7 g
38
4.2
(sugar 3.6)
 [fiber 0.2]
0.5
2.1
[L/tepu- 1.3]
(politepu- 0.1)
(monotepu- 0.5)
2
1
6
26
A-0
B6-0
B12-0
C-0
D-0
Ca-1
Fe-1
Mg-1
% setiap hari ambil***
1 [0]
1
3 [6]
0
0
0
1 bar
1.55 oz
44 g
235
26
(sugar 23)
[fiber 1.5]
3.4
13
[L/tepu- 8]
(politepu- 0.6)
(monotepu- 3.2)
10
9
35
164
A-1
B6-0
B12-5
C-0
D-0
Ca-8
Fe-5
Mg-7
% setiap hari ambil***
8 [6]
6
20 [40]
3
1
4
1 cup chips
168 g
899
100
(sugar 87)
[fiber 6]
13
50
[L/tepu- 31]
(politepu- 2.3)
(monotepu- 12)
39
34
133
625
A-6
B6-5
B12-21
C-0
D-0
Ca-31
Fe-22
Mg-26
% setiap hari ambil***
33 [24]
26
76 [155]
13
5
17
*** Peratusan kadar pengambilan nutriet setiap hari berdasarkan diet 2,000 kalori. Kadar pengambilan nutriet setiap hari anda berkemungkinan rendah atau tinggi bergantung kepada keperluan kalori.
                 Jadual 1.2 kadar kandungan dan kadar pengambilan bagi coklat susu.

Selain coklat, serbuk koko juga baik untuk kesihatan kerana kandungan gulanya sangat rendah. Jadi kepada sesiapa yang gemar minum koko panas bolehlah gunakan serbuk koko daripada coklat bar. anda sendiri yang tentukan kandungan tambahan lain seperti gula dan susu. Maka, jagalah kesihatan anda baik-baik bukan hanya pengambilan coklat atau koko sahaja tetapi untuk semua jenis rangkaian makanan seharian. nak sihat, nak cantik kenalah pada gayanya. Tak gitew?